Tahfiz Darul Ulama Marang salah satu pusat pengajian Islam secara formal yang ditubuhkan dan beroperasi sejak 2015 terletak di Lot PT 18413, Jalan Bukit Kor, Kg Rhu Rendang, 21600 Marang, Terengganu.

Tercetusnya idea bagi menubuhkan Pusat Tahfiz Darul Ulama ini bermula apabila hadirnya sebuah rumah kayu 2 tingkat yang di wasiatkan. Demi kelangsungan pahala akhirat, rumah kayu ini telah diubah menjadi pusat pengajian al – Quran.

Pada mulanya pusat ini menempatkan 20 orang pelajar berusia lingkungan 13 tahun hingga 20 tahun. Namun pertambahan bilangan mereka menjadikan ruangan kediaman asrama, surau dan kelas pengajian menjadi terhad.

Berdiri teguh walaupun dimamah usia, bangunan yang serba daif ini telah memberi peluang kepada anak-anak pelajar kampung berdekatan untuk mendalami ilmu agama dan ilmu-ilmu lain secara formal yang bermanfaat untuk bekalan dunia dan akhirat.

MENGAPA SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN?

Kami kekurangan dana memandangkan kos pembinaan dan pembangunan yang agak besar. Sumbangan yang dibuat setakat ini agak perlahan dan disebabkan COVID-19, banyak aktiviti sumbangan luar talian terpaksa ditangguhkan. Pada masa ini, dengan dana yang ada, hampir RM500,000 telah digunakan untuk pembayaran dan urusan wakaf tanah dan RM14,000 untuk membina jalan sementara dan membersihkan kawasan tapak pembinaan. Semoga ianya tidak tertangguh dan berjalan lancar.
Sememangnya, untuk merealisasikan impian ini, kami memerlukan sokongan dan bantuan kewangan untuk menampung kos pembangunan, pembinaan semula, dan kos penyelenggaraan. InsyaAllah.

PECAHAN DANA

Tahfiz Darul Ulama memerlukan RM 1.5 Juta untuk kutipan dana permulaan yang meliputi pembangunan dan pengurusan. Dana tersebut terbahagi kepada beberapa pembangunan yang terdiri daripada:

✅ RM1.5 Juta untuk MASJID DARUL ULAMA.
✅ RM1.4 Juta untuk pembinaan sebuah bangunan sekolah.
RM6k sebagai perbelanjaan bulanan

Kami akan memanfaatkan bangunan tersebut kepada 3 bahagian iaitu pejabat guru, bilik belajar dan pusat Sumber. 

Sabda Rasullulah s.a.w:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”

Sesungguhnya banyak manfaat bersedekah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata – kata, walaupun pada zahirnya harta yang kita miliki berkurang, namun keberkatannya di sisi Allah tiada nilai bandingnya.

Pihak TAHFIZ DARUL ULAMA MARANG amat memerlukan sumbangan anda.

Untuk Infaq/Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

Nama Akaun: TAHFIZ DARUL ULAMA MARANG
No. Akaun: 2-63051-0001240-0
Bank: RHB ISLAMIC BANK

Letakkan reference “INFAQ” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.
 Firman Allah SWT maksudnya : “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan   tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas   (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui” – Surah Al Baqarah : 261 

Untuk info lanjut, boleh hubungi Ustaz Hairuddin di +60 16-925 8240