Sasaran Dana ialah RM2.2 juta. Teruskan membantu dalam mencapai aspirasi bersama!

Pembinaan Masjid Darul Ulama
Pembinaan masjid bagi menjalankan kegiatan pendidikan kerohanian dan aktiviti keagamaan kepada masyarakat sekitar dan pelajar bagi melahirkan persefahaman di samping mewujudkan perasaan muhibbah di antara satu sama lain.

Pembinaan Pusat Tahfiz
Bangunan meliputi kelas, asrama, dewan serbaguna, tandas, pejabat dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.

Perabot & Peralatan
Kos pembelian perabot seperti carpet, kipas, kitab, rehal, meja, kerusi, air cond, alat bantu mengajar dan sebagainya.

Utiliti
Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.

Van Pelajar
Pembelian sebuah van baru untuk memudahkan pengangkutan para pelajar.
Pengurusan
Pengurusan masjid dan pusat tahfiz bagi melancarkan proses pengimarahan masjid, pendidikan dan kecemerlangan pelajar.
Marilah Bersama Menyumbang Pada Dana Kompleks Pusat Tahfiz Darul Ulama Marang
Tonton video penerangan dari Tuan Ustaz Hairuddin Othman, mudir Pondok Tahfiz Darul Ulama Marang
Masjid Memperkasa Legasi Ummah
Pembinaan Masjid Darul Ulama sekarang sedang berjalan dengan proses meratakan tanah di lokasi pembinaan dan menaikkan tapak asas. Banyak kos-kos yang terlibat yang memerlukan sumbangan am bagi menjadikan pembinaan dan pembangunan masjid ini. Ia akan menjadi pusat Islam bagi masyarakat sekitar dalam mengerjakan solat dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial. Kami menyeru setiap individu Muslim menunjukkan iltizam supaya memastikan pembinaan rumah Allah ini dapat diteruskan mengikut perancangan yang dibuat.

Memperkasa Generasi Al- Quran
Pada fasa kedua, Pondok Tahfiz Darul Ulama akan memulakan proses pembinaan dan pembangunan pusat tahfiz bersebelahan dengan masjid yang dibina. Ia akan memberikan pendidikan asas Al Quran dan fardhu ain dan seterusnya memperkasakan generasi Al -Quran di di sekitar Kuala Terengganu dan Malaysia amnya. Adalah menjadi aspirasi besar kami untuk anda mengorak langkah bersama-sama kami menjadi ia realiti dan terus memperjuangkan dan memperkasakan generasi Al-Quran.

Berita & Post Terbaharu
Rasulullah Sangat Memuliakan Guru
1. Al-Imam Ahmad meriwayatkan hadis mengenai bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat agar memberikan hak dan…
SEKECIL AMALAN INI MENJADI PELINDUNG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
Tahfiz Darul Ulama Alur Tuman Marang salah satu pusat pengajian Islam secara formal yang ditubuhkan dan…
10 Kelebihan Bersedekah Yang Anda Perlu Tahu
Antara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Ia patut dilakukan oleh setiap umat…