Servis Sumbangan Automatik Dari Pusat Tahfiz Darul Ulama

Bermula 1hb Oktober 2022, pihak PUSAT TAHFIZ DARUL ULAMA menawarkan servis sumbangan secara automatik atau recurring donation kepada semua penyumbang PUSAT TAHFIZ DARUL ULAMA.

Melalui servis ini, para penyumbang boleh membuat sumbangan secara automatik dari semua akaun bank masing-masing melalui FPX atau Financial Processing Exchange. Para penyumbang tidak perlu lagi membuat sumbangan secara manual setiap bulan melalui perkhidmatan online banking. Ia sungguh CEPAT, MUDAH dan MENJIMATKAN MASA para penyumbang.

Para penyumbang hanya perlu mendaftar servis sumbangan automatik dengan mengisi borang yang disediakan. Dalam borang ini, penyumbang perlu mengisi maklumat diri, info bank dan amaun sumbangan bulanan. Apabila pendaftaran sudah diluluskan, sumbangan akan berjalan secara automatik dan penyumbang akan menerima notifikasi melalui email yang diberikan.

Untuk mendaftar sumbangan automatik, mohon klik butang di bawah

Untuk servis ini, pihak PUSAT TAHFIZ DARUL ULAMA telah bekerjasama dengan Payex(Payex Ventures Sdn Bhd) untuk membolehkan sumbangan automatik dibuat dengan lancar dan telus. Terdapat caj RM1.00(sekali sahaja) untuk pendaftaran dan caj 1% dikenakan untuk setiap transaksi sumbangan yang berjaya dibuat.

Pihak PUSAT TAHFIZ DARUL ULAMA sangat berharap para penyumbang dapat memanfaatkan servis ini dan terus dapat membantu pihak PUSAT TAHFIZ DARUL ULAMA dalam pembangunan dan penyelenggaraan PUSAT TAHFIZ DARUL ULAMA. Terima kasih.