About

Objektif

  1. Melahirkan pelajar yang lancar membaca dan menghafaz al-Quran , beramal dengan al-Quran serta menjadikan al-Quran sebagai aspek penting dalam kehidupan pelajar.
  2. Melahirkan pelajar berakhlaq mulia dan memuliakan ibu-bapanya, guru-gurunya , keluarganya menghormati orang lebih tua daripadanya serta menyanyangi orang lebih muda daripadanya.
  3. Melahirkan pelajar yang mempunyai asas pengetahui fardhu ain yang kuat.

Sejarah & Perkembangan Semasa

Pusat Tahfiz Darul Ulama ditubuhkan pada tahun 2015 dengan misi besar oleh Ustaz Hairuddin Othman.

Ustaz Hairuddin Othman mempunyai 2 misi besar iaitu membina sebuah masjid dan juga pusat tahfiz di tapak yang sama, Beliau juga beriltizam untuk memberikan pendidikan asas Al-Quran dan fardhu secara percuma untuk para pelajar di sekitar kampung.

Masalah semasa yang dihadapi ialah pengumpulan dana yang agak perlahan disebabkan kekurangan sebaran dan promosi serta pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Alhamdulillah, pihak Tahfiz Darul Ulama sudah menyelesaikan urusan pembelian tanah yang berkaitan dengan tanah yang telah diwaqafkan. Pembinaan surau sementara telah siap sekadar boleh digunakan untuk solat dan pengajian. Manakala asrama dan tandas bagi kegunaan pelajar dibuat untuk sementara.

Adalah menjadi harapan besar beliau dan juga masyarakat sekitar untuk mempunyai kemudahan dan rumah ibadah yang lebih baik dan sebuah pusat tahfiz untuk memberikan pendidikan asas fardhu ain dan membina generasi celik, faham dan amal Al-Quran.

Marilah menderma pada tabung Pusat Tahfiz Darul Ulama

Kami memerlukan sumbangan anda