Darul Ulama Mosque Development Fund Appeal

Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”Hadith riwayat Muslim).

Lebih-lebih lagi dengan cara berwakaf.

Bukan sahaja diberi janji rumah di syurga.

Bahkan pahala Wakaf   saja beri gandaan pahala terus menerus selama-lamanya.  

Dengan wakaf anda Masjid Tahfiz Darul Ulama  akan digunakan generasi anak-anak tahfiz dan juga sesiapa saja yang datang bersolat dan menghadiri majlis ilmu di sini.

Pelan Tahfiz Darul Ulama Alur Tuman, Marang. 

Wakaf menjadikan umur anda panjang. Maksudnya, walaupun dah tiada tapi pahala amalan masih dapat seolah-olah masih hidup di dunia. 

Kenapa? Biasanya setelah meninggal pahala seperti solat , puasa itu semuanya telah habis. Dah tamat. 

Hanya yang tinggal amalan yang beri hasil pahala tanpa putus seperti wakaf. Bahkan pahala wakaf juga boleh diberikan ke atas mak ayah kita yang telah meninggal dunia.

Lihat, kasihani anak-anak tahfiz. Anak-anak ini hanya bersolat dan belajar di surau sementara yang tak berdinding kerana masih menunggu pembinaan Masjid Tahfiz yang sedang dijalankan.

Allahu. Bayangkan jika anda membuat wakaf ke atas Masjid Tahfiz Darul Ulama .Pahala apa yang terus akan mengalir untuk anda?

❤️ Pahala anak-anak tahfiz yang membaca al-Quran dan menuntut ilmu di Masjid Tahfiz Darul Ulama.

❤️ Pahala anak-anak tahfiz yang mengamalkan ilmu selepas habis belajar di Masjid Tahfiz Darul Ulama.

❤️ Pahala orang yang bersolat di dalam Masjid Tahfiz Darul Ulama.

❤️ Pahala ilmu mengaji yang dipelajari oleh warga tempatan yang belajar di Masjid.

❤️ Pahala memudahkan semua penghuni di Masjid Tahfiz Darul Ulama seperti anak-anak tahfiz, warga mengaji dan seterusnya masyarakat kampung sekitar Alur Tuman untuk selesa beribadah di masjid tahfiz.

Masya’Allah. Banyaknya pahala yang terus menerus mengalir kelak untuk anda. Malahan Tahfiz Darul Ulama juga telah berdaftar di bawah kerajaan negeri Terengganu dengan alamat asalnya dahulu.

Sijil Pendaftaran Sekolah Islam Dari Jabatan Agama

Alhamdulillah, ini perkembangan terkini pembinaan yang sedang dijalankan di tapak Masjid Tahfiz Darul Ulama.

DARUL ULAMA DI MALAYSIA HARI INI TV3

Alhamdulillah. Pihak pengurusan Darul Ulama juga pernah membuat kemunculan di media massa iaitu di slot Malaysia Hari Ini(MHI) TV3 untuk memberikan lebih sebaran tentang kempen wakaf dan sumbangan untuk pembinaan Masjid Darul Ulama.

Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.

Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .

Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Seperti kata Rasulullah : “Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.” (HR Muslim).