SEKECIL AMALAN INI MENJADI PELINDUNG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Tahfiz Darul Ulama Alur Tuman Marang salah satu pusat pengajian Islam secara formal yang ditubuhkan dan beroperasi sejak 2015 terletak di Lot PT 18413, Jalan Bukit Kor, Kg Thu Rendang, 21600 Marang, Terengganu.

Tercetusnya idea bagi menubuhkan Pusat Tahfiz Darul Ulama ini bermula apabila hadirnya sebuah rumah kayu 2 tingkat yang di wasiatkan. Demi kelangsungan pahala akhirat, rumah kayu ini telah diubah menjadi pusat pengajian al – Quran.

Pada mulanya pusat ini menempatkan 20 orang pelajar berusia lingkungan 13 tahun hingga 20 tahun. Namun pertambahan bilangan mereka menjadikan ruangan kediaman asrama, surau dan kelas pengajian menjadi terhad.

Berdiri teguh walaupun dimamah usia, bangunan yang serba daif ini telah memberi peluang kepada anak-anak pelajar kampung berdekatan untuk mendalami ilmu agama dan ilmu-ilmu lain secara formal yang bermanfaat untuk bekalan dunia dan akhirat.

MENGAPA SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN?

Tahfiz Darul Ulama memerlukan RM 1.6 Juta untuk kutipan dana permulaan yang meliputi pembangunan dan pengurusan.

DANA PECAHAN

Dana tersebut terbahagi kepada beberapa pembangunan yang terdiri daripada:

✅ RM200 000 untuk kemasan terakhir MASJID DARUL ULAMA.
✅ RM1.4 Juta untuk pembinaan sebuah bangunan sekolah.

Kami akan memanfaatkan bangunan tersebut kepada 3 bahagian iaitu pejabat guru, bilik belajar dan pusat Sumber. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *