Sifat Khianat Yahudi Dalam al-Quran

Ustaz nak berkongsi hadis mengenai sifat khianat Yahudi dalam al-Quran. InsyAllah.

Hari ini kita melihat betapa keji sikap Yahudi yang sanggup membunuh kanak-kanak, janganlah kita terkejut kerana dahulu para Nabi pun dibunuh oleh mereka.

Sifat khianat mereka ini bukanlah pertama kali berlaku. Allah telah merekodkan sifat keji mereka ini di dalam al-Quran agar kita mengambil pengajaran. Sifat keji ini menjadikan hati mereka keras. Firman Allah:

فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَٰقَهُمْ لَعَنَّٰهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَٰسِيَةً ۖ

“Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran).”

Lebih dahsyat dari itu, al-Quran mendedahkan bagaimana mereka turut pernah membunuh Nabi yang diutuskan kepada mereka. Oleh itu jangan kita hairan mereka dengan kejam Yahudi yang membunuh kanak-kanak kerana mereka pernah buat lebih dahsyat dari itu. Firman Allah:

قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُونَ أَنۢبِيَآءَ ٱللَّهِ مِن قَبْلُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar orang-orang yang beriman?”

Bahkan Allah turut membongkarkan kepada kita isi hati mereka yang sangat membenci orang-orang yang beriman. Firman Allah:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.”

Benar, ada dikalangan sahabat Nabi itu Yahudi yang beriman, tetapi secara umumnya, inilah sifat yang Allah nukilkan tentang mereka sebagai pengajaran sebagai pengajaran buat diri kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *